My Followers

Monday, March 28, 2011

~Alasan kebiasaan si pelaku dedah aurat~


Sejak akhir-akhir ini, kita sering kali mendengar mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak mengulas alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

---------------------------------------------

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]


3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]


4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. [3]


sumber :http://salafus-sholih.blogspot.com/

Saturday, February 19, 2011

~Perempuan Bertudung Atau Free Hair~


Sekali lagi aku akan berbicara mengenai 'perempuan' selepas entry hilang dara sebelum ni. Yela, aku kan laki, so wat la entry pasal perempuan. Kalau nak entry pasal laki, kena la orang perempuan yang wat kan. Bukan ke gitu? Kali ni pasal bertudung atau tak. Kalau anda ditanya soalan yang begitu, yang mana satu yang akan jadi pilihan anda untuk anda jadikan teman hidup.

Bagi aku, perempuan yang bertudung lebih cantik dan lebih ayu dari perempuan yang free hair. Memang ada perempuan yang free hair yang cantik2, yang memiliki rambut rebonding, muka putih tembam, ada lesung pipit, tapi kalau perempuan yang camtu pakai tudung, percaya la dia akan kelihatan lebih cantik dan lebih ayu. Sebab tu Tuhan suruh pakai tudung. Mesti ada sebabnya.

Aku amik contoh la, farah fauzana. Dia kan duta nescafe. Iklan2 di kelantan mewajibkan perempuan menutup aurat untuk kesemua jenis iklan. So iklan nescafe di kelantan, farah fauzana memakai tudung. Bagi aku, dia cantik bila pakai tudung berbanding cam sekarang, free hair.

Memang akan ada orang cakap, ala, bukan semua perempuan bertudung yang baik2, kadang2 ada perempuan yang free hair yang lebih baik dari perempuan bertudung. Yes, aku akui semua tu. Banyak masalah2 sosial yang melibatkan perempuan bertudung.

Tapi bagi aku, kalau perempuan yang free hair tu, baik, sopan santun, akhlak dan perangai pun baik, apa salahnya pakai tudung kan? Mesti orang tu akan memiliki ciri2 wanita melayu terakhir. Mesti sempurna perempuan tu.

Aku sama sekali tidak boleh terima istilah ni, 'i tak ready lagi la nak pakai tudung, watpe pakai tudung tapi ati tak ikhlas, nanti bila i dah ready, i pakai la'. Apa semua ini? Bagi aku, ikhlas ke tak, kena gak pakai tudung. Tu dah memang tuntutan agama. Ada dalam al-quran ke cakap dibenarkan free hair kalau ati tak ikhlas untuk memakai tudung? Kalau anda mati esok camna? Mati dengan tak sempat tutup aurat?

Kadang-kadang aku selalu jumpa perempuan yang bila ke kuliah, pakai tudung. Nampak cumil dan ayu je. Tapi bila kuar jalan2 ke bandar ke, Kuala Lumpur ke, terus tak pakai tudung, pakaian pulak mak aih, mengalahkan model2. Ntah la, aku pun tak paham dengan zaman sekarang. Adakah bertudung sekadar fesyen semata2 atau tuntutan agama?

Bapa aku selalu pesan, cari perempuan nak jadikan awek x sama dengan cari perempuan nak jadikan bini.. So di sini nasihat dari aku, lelaki pandai2 lah cari perempuan yang sempurna ciri2 kewanitaannya, dan perempuan pandai2 lah cari lelaki yang sempurna kelakiannya. Ok.. Tata

Thursday, February 17, 2011

~Jangan Jadi Orang Yang Bodoh Sombong~


Jangan jadi orang yang bodoh sombong.. Tidak taw, tapi buat2 taw.. Mahukan ilmu, kena banyak bertanya. Jangan harap nk kena suap jew!!!

Abdullah bin Abbas r.a ada berkata, ”Ilmu itu didapat melalui lidah bagi orang yang gemar bertanya dan melalui akal bagi orang yang suka berpikir".

Merasakan diri sentiasa betul dan ego yang tinggi menyebabkan seseorang itu jadi begini. Banyak orang kita jadi begini sebab utamanya adalah ego. Tetapi sedarlah, malu bertanya sesat jalan. Post kali ini sebenarnya saya ingin tekankan kepada budaya rajin bertanya. Ramai orang bercerita orang Malaysia malas bertanya jika ada sesuatu masalah terutamanya pelajar. Biar tidak faham asalkan tidak bertanya. Satu budaya yang pelik dan hakikatnya memang terjadi. Apa yang saya lihat dengan masyarakat kita ni, suka bercakap tapi bukan untuk benda yang memberi manfaat dan faedah. Contohnya mengumpat, kalau bahasa moden dia bergosip..

Tetapi, saya amat berbangga dengan sesetengah individu yang sanggup bertanya walaupun perkara yang kecil. Sebab, bagi saya masalah yang kecil itulah pembuka jalan untuk menyelesaikan masalah yang besar.

Kesimpulannya, jika kita mahukan sesuatu ilmu . Jangan sombong dan malu untuk bertanya. Tapi seandainya orang pula bertanya soalan kepada kita, jangan kedekut untuk berkongsi ilmu. Sharing is caring.. Jadi win-win situation.

Seperti seorang pensyarah saya pernah kata. Ada ilmu yang kita tahu, tapi orang lain tidak tahu.. Ada ilmu yang kita tidak tahu tapi orang lain tahu.. Ada ilmu yang kita tahu, orang lain pun tahu dan ada ilmu kita tidak tahu orang lain pun tidak tahu.. Yang tahu hanya Allah s.w.t.

Saturday, January 1, 2011

~Kohort 5 Group 3 Dalam Kenangan~

Assalamualaikum w.w kepada rakan2 sekalian. Pertama sekali saya ingin berkongsi kegembiraan dengan rakan2 semua terutama rakan seperjuangan di UNISEL (K5G3), setelah 2 tahun lebih kita bersama, terlalu banyak pengalaman dan saat2 manis kita lalui, kini tiba masanya kita bawa haluan masing2. Memang terasa sangat berat untu berpisah dengan rakan2 seperjuangan, setelah beberapa lama kita bersama dan kita seperti satu keluarga, suka duka kita tempuhi bersama. Sangat banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan. Kepada semua warga Fakulti Pendidikan & Pengajian Sosial. UNISEL, Dekan, Pensyarah2, Admin, Cleaner, Guard, ahli PEPRA dan Kohort 5 Group 3 khasnya. Pada kesempatan ini, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki kepada semua jika saya ada terkasar bahasa, terlanjur kata, perbuatan, menyinggung perasaan dan mengasari kalian, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf kepada semua. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang pernah membantu saya samaada dalam kesusahan dan senang sepanjang kita bersama. Jika saya ada berhutang kepada sesiapa harap dihalalkan. Terasa sangat berat hati untuk berpisah dengan rakan2 semua... :-(.. Semoga persahabatan kita terus berpanjangan dan berkekalan dan semoga berjumpa lagi. Terima Kasih.






p/s: Praktikal start 2 minggu lg (17 Januari 2011) ^_^ S.K TAMAN DESA 2, Country Homes.Rawang..here I come!

Thursday, December 30, 2010

Hukum Menyambut Awal Tahun Masihi


INGAT!
JANGAN IKUT-IKUTAN MERAYAKAN
KEDATANGAN AWAL TAHUN MASIHI
( Bilangan 273 )

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آلھ وصحبھ ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Tahun Hijrah dan Tahun Masihi merupakan dua tarikh yang masyhur dan dikenali secara meluas di kalangan masyarakat. Walaupun mempunyai sejarah berbeza namun keduanya merupakan tarikh yang digunapakai dan kadangkala digabungkan dalam satu kalendar.

Tahun Hijrah secara khusus hanya terkenal dalam masyarakat dan dunia Islam. Ia dikaitkan secara langsung dengan Islam. Manakala awal tahunnya pula dijadikan antara hari-hari kebesaran Islam. Ini kerana dari semenjak pengisytiharan Sayyidina Umar Ibnu al- Khattab Radhiallahu ‘anhu mengenai awal tahun bagi umat Islam, maka awal Tahun Hijrah telah dianggap salah satu syi‘ar yang disambut khusus oleh umat Islam.
Tahun Masihi pula memang dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana seluruh dunia menjadikannya tarikh utama di dalam kalendar mereka. Awal tahunnya dijadikan hari besar dan dirayakan.

Di sini timbul satu persoalan tentang sesetengah masyarakat Islam yang turut merayakan awal Tahun Masihi dengan sambutan besarbesaran
sebagaimana orang bukan Islam merayakannya. Yang paling merisaukan, orang-orang Islam lebih ‘ghairah’ menyambut Tahun Masihi melebihi orang-orang bukan Islam.

Ingatkah kita suatu masa dahulu, kita pernah ber‘JANUARI’ dengan mengadakan berbagai acara kesukaan, seperti lumba perahu. Ber’JANUARI’ dihubungkaitkan dengan awal Januari, iaitu awal Tahun Masihi. Sekarang sudah tiada pesta seperti itu, tetapi ada pesta-pesta lain, terutama pada malam menyambut awal Tahun Masihi.

Merayakan Awal Tahun Baru Masihi

Menyambut awal tahun baru Masihi bukanlah budaya orang-orang Islam. Ia juga bukan salah satu dari hari-hari kebesaran Islam sebagaimana orang-orang Islam menyambut awal Tahun Hijrah, hari Maulud Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, Isra’ dan Mi‘raj, Puasa Ramadhan, Nuzul al-Qur‘an, Hari Raya ‘Idil Fitri dan Hari Raya ‘Idil Adhha.

Awal tahun baru Masihi hanya perayaan yang sering dirayakan oleh orang bukan Islam di negara-negara Barat. Ramai orang yang meniru perayaan ini sehinggakan ia berleluasa hingga ke negaranegara lain seluruh dunia. Perayaan ini turut menyelinap masuk ke dalam masyarakat Islam samada secara mereka sedari atau tidak, dan jika orang Islam kurang pengetahuan agama dan leka dengan penyelinapan ini, maka sudah setentunya ia akan menjadi satu budaya yang diamalkan oleh umat Islam sampai bila-bila.

Malahan jika perkara ini dilepas pandang, ia akan semakin berakar umbi
dalam masyarakat Islam. Ia sudah menjadi kebiasaan menyambutnya di mana-mana tempat. Secara besar-besaran pula. Bermacam-macam acara diadakan untuk menghidup dan memeriahkan kedatangan tahun baru itu.

Pada malam 1 Januari, pelbagai pesta dibuat seperti pesta makan minum, diiringi dengan nyanyian, tarian dan lain-lain acara, sementara menanti acara kemuncak iaitu pengiraan detik tahun baru melalui jarum saat dan jam yang menuju ke angka dua belas. Apabila jarum jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah malam, maka kedengaranlah teriakan dan sorak sorai orang ramai tanda tahun baru sudah menjelma. Dalam pesta yang diadakan itu, sudah setentunya banyak perkara negatif berlaku, antaranya percampuran di antara lelaki dan perempuan, terdapat bentuk hiburan yang dilarang oleh Islam dan yang tidak secocok dengan akhlak Islam.

Perkara-perkara yang disebutkan itu sangatlah bertentangan dengan kemuliaan Islam. Daripada penjelasan ini, nyatalah Islam dan umatnya tidak ada kaitan langsung dengan sambutan dan perayaan seumpama itu,
untuk mengalu-alu dan membesar-besarkan kedatangan awal tahun
Masihi tersebut. Lebih-lebih lagi jika ia bercorak keagamaan lain
daripada Islam.

Oleh itu, orang Islam tidak boleh turut sama membesarkan awal tahun Masihi seperti orang bukan Islam membesarkannya, kerana yang demikian itu dikhuatiri akan membawa tasyabbuh (penyerupaan) terhadap mereka yang beragama lain di dalam budaya, tujuan dan akidah mereka. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari (kalangan) mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sehingga ke hari ini, kebanyakan negara termasuk sebahagian dari
negara-negara Islam masih menggunakan kalendar Masihi sebagai
kalendar asas. Ia memang tidak akan berubah memandangkan
kemasyhuran pemakaiannya secara global.

Walau bagaimanapun sudah sepatutnya umat Islam di selurh dunia
memikirkan untuk menjadikan kalendar Hijrah sebagai kalendar asas mereka. Kita telahpun diperkenalkan atau dibekali dengan kalendar yang mempunyai sejarah tersendiri lagi indah sejak berabad-abad lagi iaitulah kalendar Islam yang bermula dari tarikh hijrah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dari kota Mekkah ke kota Madinah. Mengapakah ia harus diletak di belakang dan kurang dipakai oleh umat Islam, sedangkan kalendar Masihi dipakai secara meluas dan menyeluruh sehingga menenggelamkan kalendar Islam itu?

Marilah kita berfikir sejenak dan bertanya di dalam diri kita sendiri: Apakah tanggapan orang lain terhadap kalendar Hijrah orang-orang Islam jika kita sendiri tidak mahu mengagungkannya? Adakah orang lain mahu memakainya sebagaimana orang Islam memakai kalendar Masihi? Dan yang lebih jauh lagi, pernahkah kita mendengar atau berjumpa orang bukan Islam turut merayakan awal tahun Hijrah kita?

Oleh yang demikian, kita umat Islam sendiri patutlah belajar megah dan komited serta dengan penuh semangat menggunakan kalendar Hijrah sebagai kalendar utama dalam kehidupan kita seharian. Begitu juga tanggungjawab kita membesarkan kedatangan awal tahun hijrah, bukan sebaliknya merayakan dan membesarkan awal tahun Masihi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...