My Followers

Sunday, July 18, 2010

Rasa Ingin Dikasihi Dan Disayangi

Setiap makhluk yang bergelar manusia ini sememangnya membutuhkan kasih sayang, rasa ingin disayangi, dikasihi malah turut merasakan ingin dicintai...dengan rasa dikasihi dan disayangi, manusia itu akan merasakan bahawa diri ini lebih dihargai dan dipandang mulia oleh masyarakat..

Namun kebanyakan manusia hanya mengejar cinta yang \'temporary\', atau cinta yang tidak hakiki, hanya sementara dengan tujuan tuntutan hidup didunia ini..manusia sibuk mencari kasih sayang dari sesama manusia untuk rasa diri ini dihargai dan disayangi dengan mengaplikasikan pelbagai cara, seperti menaburkan jasa yang baik untuk dikenangi oleh manusia, mencuba kaedah-kaedah untuk dikenali ramai bagi mempromosikan diri dan sebagainya..malah ada juga yang terjebak dengan gejala atau kemaruk alam percintaan yang akhirnya jua tidak membentuk satu simpulan pernikahan yang halal disisi islam, malah terjebak dengan pelbagai kanca kemaksiatan....

Pernahkah kita memikirkan, apakah hakikat kasih sayang yang sebenar-benarnya..siapakah yang mampu memberikan kasih sayang yang sebaik-baiknya..?? hal ini kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh sesama manusia itu sendiri tidak kekal dan hanya sementara, kerana kadangkala ianya boleh dipisahkan tatkala berlakunya perpisahan roh dari jasad seseorang, ada pula berpisahnya kasih sayang itu pabila salah seorang dari kedua belah pihak berasa kecewa dengan pasangannya, didalam bab percintaan dan sebagainya.. jadi pada hakikatnya kasih sayang yang makhluk curahkan itu tidak kekal..hal ini bukan bermakna makhluk itu tidak mampu untuk mencurahkan kasih sayang yang terbaik kepada sesama makhluk, dan juga bukan bermaksud kita tidak perlu mencari kasih sayang dari sesama makhluk itu sendiri..telah menjadi lumrah manusia untuk mendapatkan nilai kasih sayang sesama makhluk, dari ibu bapa, kaum keluarga, sahabat-sahabat dan dari manusia yang lain..tetapi ingatlah bahawasanya kasih sayang Allah itulah yang kekal abadi dan hakiki., dan nilai kasih sayang yang terbaik dari yang terbaik..moga kita dapat bersama-sama mencari nilai kasih sayang Allah Ta\'ala seterusnya akan mendapat mengejar redha dan cintaNya.., insyaAllah..

Marilah kita sama-sama mendalami dan memikirkan bagaimana apabila seseorang itu disayangi oleh Allah Ta\'ala.., maka darjatnya akan diangkat dan dihormati oleh seluruh \'alam...

Didalam hadits Riwayat Imam al-Bukhari didalam kitab Tauhidnya yang bermaksud :

Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallu \'Anhu telah meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW telah bersabda, \" Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta\'ala, apabila Dia mengasihi seseorang hamba, Dia akan memanggil Hadhrat Jibril \'Alaihissalam dan menyatakan sesungguhnya Allah amat mengasihi Si Fulan, maka hendaklah kamu mengasihinya, maka Hadhrat Jibril \'Alaihissalam pun turut mengasihinya. Kemudian Hadhrat Jibril \'Alaihissalam akan menyeru kepada penghuni di langit bahawa sesungguhnya Allah amat mengasihi Si Fulan, maka hendaklah kamu mengasihinya, maka penghuni langit pun mengasihinya dan dia juga akan mendapat penerimaan pada sisi para penghuni di bumi\".

Orang-orang yang beriman dengan kalam Allah dan RasulNya, pasti akan tersentuh hatinya tatkala membaca hadits seperti diatas..maka lihatlah, apabila Allah Ta\'ala mengasihi seseorang hamba dari kalangan hambanya kerana amalan kebaikannya ataupun kebaikan hatinya, maka Dia akan memanggil Hadhrat Jibril lalu akan memberitahukan kepadanya bahawa Dia mengasihi seseorang hamba dan Allah akan menyatakannya secara khusus, hamba manakah yang akan dimaksudkan olehNya serta Allah akan menyuruhnya supaya turut mengasihi hamba tersebut.

Betapa besarnya nikmat apabila seseorang hamba itu mendapat perhatian kasih syang Allah Ta\'ala dan Hadhrat Jibril as., bahkan Hadhrat Jibril juga akan menyeru kepada sekalian para penghuni langit iaitu sekalian Para Malaikat dan makhluk-makhluk ciptaan Allah yang menghuni langit. Maka seluruh penghuni langit akan mengasihi hamba itu dan seterusnya kasih sayang itu akan terlimpah kepada sekalian penghuni di bumi, lalu para penghuni dibumi juga akan turut mengasihinya..

Allahuakhbar..betapa dahsyatnya jika dinilai apabila andainya seseorang hambanya itu dikasihi oleh Tuhannya sendiri..rahmat kasih sayang itu melimpah sehingga penduduk langit dan bumi akan turut mengasihi oarng yang dikasihi oleh Allah..

Kita jadikan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai contoh, yang mana baginda adalah seorang yang amat cinta dan kasih kepada Allah dan Allah Ta\'ala juga amat mencintai dan mengasihinya dan telah mengisytiharkan rasa cinta dan kasih sayangNya itu kepada Hadhrat Jibril as dan telah menyuruhnya supaya turut mencintai dah kasih kepada Rasulullah SAW. Lalu, perkara ini telah diisytiharkan kepada seluruh penduduk di langit, lalu mereka pun turut kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW. Begitulah juga pengisytiharan ini telah diumumkan kepada seluruh penduduk dibumidan sehingga ke hari ni Rasulullah SAW terus dikasihi dan dicintai oleh segenap lapisan umat Islam..

Hadits ini mengajarkan dan memberi sumber inspirasi kepada kita untuk kita mencari dan mengejar nikmat kasih sayang Allah Ta\'ala..ingatlah hanya kasih sayangNya yang kekal abadi.., kasih makhlukNya tiada hakiki...moga-moga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dan marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari dan mengejar antara nikmat yang terbesar ini dengan menuruti segala perintahNya, serta menjauhkan diri daripada melakukan segala perkara yang telah dilarangNya..insyaAllah

Panjatkanlah doa kepada Allah Ta\'ala dengan sebanyak-banyaknya., agar moga-moga kita digolongkan didalam golongan hambaNya yang diberikan nikmat kasih sayangNya..amin Ya Allah...

Sekian..Wallahu\'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...