My Followers

Saturday, December 25, 2010

~Jangan Cari Yang Sempurna~


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akanSAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulaiMENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapatMELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu KECEWAdan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKANkepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cubaMEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~sekadar bahan untuk dikongsi bersama

Monday, December 20, 2010

Raja-Raja Di Malaysia Berdarah Bugis

Dari sembilan raja yang memerintah di Malaysia, ternyata pada umumnya merupakan keturunan Raja Bugis dari Kerajaaan Luwu, Sulawesi Selatan.

Hal itu terungkap pada Seminar Penelusuran Kerabat Raja Bugis, Sulsel dengan raja-raja Johor-Riau-Selangor, Malaysia di Makassar, Rabu.

"Berdasarkan hasil penelusuran salasilah keturunan dan tinjauan arkeologi diketahui, 14 provinsi di Malaysia, sembilan diantaranya diperintah oleh raja yang bergelar datuk (dato`) atau sultan, sedang empat provinsi lainnya diperintah gabenor yang bukan raja," kata Prof Emeritus Dato` Dr Moh Yusoff bin Haji Hasyim, President Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka.

Menurut beliau, dari segi salasilah, sembilan raja yang memiliki hak autoriti dalam mengatur pemerintahannya itu, berasal dari komuniti Melayu-Bugis, Melayu-Johor dan Melayu-Minangkabau.

Sebagai contoh, pemangku Kerajaan Selangor pada ketika ini adalah keturunan dari Kerajaan Luwu, Sulsel.

Merujuk Lontar versi Luwu` di museum Batara Guru di Palopo dan kitab Negarakerjagama, menyebutkan tradisi `raja-raja Luwu` ada sejak abad ke-9 masihi dan seluruh masa pemerintahan kerajaan Luwu terdapat 38 raja.

Raja yang ke-26 dan ke-28 adalah Wetenrileleang berputrakan La Maddusila Karaeng Tanete, yang kemudian berputrikan Opu Wetenriborong Daeng Rilekke` yang kemudian bersuamikan Opu Daeng Kemboja.

"Dari hasil perkawinannya itu lahir lima orang putra, masing-masing Opu Daeng Parani, Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Cella`, Opu Daeng Manambong dan Opu Daeng Kamase," paparnya sembari menambahkan, putra-putra inilah yang kemudian merantau ke Selangor dan menjadi cikal bakal keturunan raja-raja di Malaysia hingga saat ini.

Lebih jauh dijelaskan, dengan penelusuran sejarah dan salasilah keluarga itu, diharapkan dapat lebih mendekatakan hubungan antara kedua rumpun Melayu yakni Melayu Selangor dan Bugis.

Menurut Moh Jusoff, dari segi kedekatan emosional, salasilah dan generasi komuniti di Malaysia dan Indonesia tidak dapat dipisahkan. Mungkin saja belum boleh memasuki ke persoalan politik kerana arah politik Malaysia berbeza dengan politik Indonesia termasuk mengenai tata pemerintahan dan kemasyarakatannya.

Sementara itu, Andi Ima Kesuma,M.Hum, pakar kebudayaan dari Universitas Hasanuddin (Unhas) yang juga Kepala Museum Kota Makassar mengatakan, kekerabatan keturunan raja-raja di Malaysia dan raja-raja Bugis di Sulsel tertuang dalam Sure` Lagaligo maupun dalam literatur klasik lainnya.

"Hanya saja, gelaran yang dipakai di tanah Bugis tidak lagi digunakan di lokasi perantauan (Malaysia) karena sudah berasimilasi dengan situasi dan keadaan di lokasi yang baru," katanya.

Gelar Opu dan Karaeng yang lazim digunakan bagi keturunan raja raja Luwu dan Makassar tidak lagi dipakai di Malaysia melainkan sudah bergelar tengku, sultan atau dato.

Friday, December 10, 2010

Sekolah untuk Remaja Mengandung?

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membenarkan remaja lelaki termasuk pelajar, di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun bagi pelajar perempuan di negeri ini untuk bernikah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata keputusan itu diambil bertujuan mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri ini, sekali gus membendung kes zina, semakin menular kebelakangan ini.

Katanya, kelonggaran itu bagaimanapun hanya akan diberikan selepas mendapat keizinan daripada Mahkamah Syariah, selain restu keluarga.

"Keputusan ini dicapai hasil resolusi yang dihantar perwakilan pada persidangan menangani gejala sosial yang dilangsungkan, baru-baru ini. Kerajaan negeri berpendirian adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak remaja mereka berkahwin pada usia muda.

"Cara ini lebih praktikal untuk membendung kejadian remaja hamil tanpa nikah dan masalah sosial lain seperti melarikan diri dari rumah,“ katanya selepas merasmikan Seminar Penghayatan Ramadan, Majlis Pertauliahan Amil Zakat Fitrah dan Pelancaran Buku Masjid Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Melaka, Datuk Ghazale Mohamad; Mufti negeri, Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh dan Pengarah Agama Islam Melaka, Sulaiman Harmain Shah.

Mohd Ali yang juga Pengerusi MAIM berkata, bagi kes pelajar yang sudah hamil pula, kebenaran bernikah tetap diberikan namun kos denda akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
Beliau berkata, kelonggaran pernikahan itu diberikan selepas mengambil kira 391 kes gejala hamil dan melahirkan anak luar nikah dicatatkan di negeri ini pada tahun lalu selain 174 kes bagi tempoh enam bulan tahun ini.

“Semua kes kehamilan luar nikah itu membabitkan pelajar berusia bawah 20 tahun. Ini harus dicegah bagi mengelak kes berkenaan meningkat," katanya.

Sebelum ini, Mohd Ali berjanji memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga, disusuli dengan penubuhan sebuah sekolah khusus kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk menempatkan remaja hamil meneruskan persekolahan.

Bagaimanapun, idea menubuhkan sekolah berkenaan mendapat reaksi negatif banyak pihak termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang beranggapan penubuhannya kurang sesuai.


Begini la kot gamaknya sekolah untuk remaja yang mengandung... aduhhh.. mesti penat cikgu2 di situ. Bayangkan tengah mengajar tiba2 anak murid nak bersalin. Boleh kelam kabut jadinya kelas..Dan bayangkan kalau si bapanya pula baru je nak ambil SPM...tengah nak jawab paper exam tiba2 ada call isteri nak bersalin....

Dan bayangkan juga, sapa nak tanggung semua perbelanjaan dan sara hidup suami isteri yg masih bersekolah ni? Mak bapak juga la yang nak kena tanggung. Bayangkan susu cucu, pampers cucu, sakit demam cucu semua 'tok dan tok wan' nak kena tanggung kesemuanya. Kesian tok dan tok wan.. Kalau anda, nak tak dapat menantu remaja sebegitu?

Wednesday, December 8, 2010

Indahnya Hujan


Hujan yang turun membasahi bumi..
Rahmat dari Allah..
Seolah-olah ingin mencuci segala noda yang dibuat oleh anak2 Adam..
Yang nyata kurang bersyukur atas kurniaNya..
Hujan yang turun itu membawa seribu erti..
Membawa rahmat membasahi bumi yang kering..
Sekering hati manusia yang alpa dengan nikmat dunia..
Hujan itu membawa dingin..
Menyejukkan hati-hati manusia yang panas dengan amarah dan nafsu..
Hujan itu membawa keinsafan..
Pada mereka yang berfikir dan merenung, betapa ajaibnya titisan yang turun dari langitNya..
Hujan itu membawa pilu..
Pada mereka yang berduka, seolah-olah Tuhan menemani..
Dan membuktikan bahawa mereka tidak bersendiri..
Sesungguhnya hujan itu satu lambang kebesaran, lambang keagungan..
Dan lambang kasih Allah pada hamba-hambanya..
Syukurilah nikmatNya selagi jasad masih bernyawa..
Semoga rahmat Allah terus menemani kita..



* SUBHANALLAH , itulah rahmat mu ya ALLAH.
Aku amat bersyukur atas segala macam rahmat yang telah kau kurniakan kepada hambaMu ini jua
rahmat hujan yang kau turunkan :

“Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Rain Makes Everything Beautiful


Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:

"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11)

Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.

Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...